Wednesday, March 7, 2007

KRIPP FC beraksi hambar di Perak

Pasukan KRIPP FC telah dijemput dalam perlawanan bolasepak persahabatan empat penjuru antara KRIPP- Ipoh Barat- Ipoh Timur dan Parit.

Tanpa pemain-pemain utama yang sibuk dengan tugasan harian selain beberapa yang lain tercedera dalam perlawanan sebelum ini, KRIPP FC beraksi hambar dan menerima dengan hati terbuka keputusan yang cukup memetirkan, tempat terakhir dari 4 pasukan.

Dengan keputusan seri 4-4 dengan pasukan Ipoh Barat, tewas 1-2 dengan Ipoh Timur dan paling menyedihkan, tewas 0-5 pada pasukan Parit, cukup memeritkan buat KRIPP FC.

Kepada mana-mana pasukan yang bercadang untuk mengadakan perlawanan futsal atau bolasepak padang dengan pasukan KRIFF FC, boleh hubungi pengurus pasukan, saudara Azmir Khairuzzani di talian 03-4044 1199 atau fax di 03- 4044 2199.

KRIPP UNITED ~ lambang penyatuan ahli KRIPP

KRIPP ~ bukanlah satu nama yang besar dalam Negara kita. Takde siapa pun yang tahu, apa tu KRIPP.

Ia hanyalah satu kelab yang baru, yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan tetapi ditubuhkan sekadar suka-suka, menambah kenalan dan sahabat di kalangan kami.

KRIPP ~ Bukan glamour di dalam Negara, mahupun di luar Negara. Ia mungkin hanya dikenali di sekitar bangunan PWTC atau di beberapa tempat sahaja.

KRIPP ~ Singkatan kepada Kelab Rekreasi Ibu Pejabat Pemuda, yang dianggotai oleh kakitangan ibu pejabat Pemuda UMNO Malaysia dan beberapa sahabat yang bertugas sebagai pembantu kepada EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda Negeri, dan mereka-mereka yang berminat sahaja.

Tujuannya, hanya untuk merapatkan hubungan sesame kami, selain membuat beberapa program untuk kebaikan bersama. Cuma dalam masa terdekat ini, banyak program sukan yang telah dijalankan oleh KRIPP.

Buat sesiapa yang berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan futsal dengan KRIPP, boleh hubungi saudara Al-Kamarol di talian 03-4044 1199.